PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PPBK)
oleh
Akramin Matt Saman
Akramin Matt Saman

 

Pengenalan Arahan Definisi Sejarah Jenis Penyelesaian Masalah Utama

Penyelesaian Masalah

Kaedah yang dapat digabungkan dengan permainan untuk menghasilkan keputusan yang baik dan hendak diambil.Pelbagai kaedah dan kreativiti digunakan untuk membuat keputusan.Keputusan yang diambil adalah sesuai dengan keupayaan pelajar melalui proses mengenalpasti masalah, merancang, melakukan kaedah atau kerja dan melaksanakan untuk menperolehi keputusan.Pelbagai strategi dapat digunakan dan strategi dipilih alah yang difikirkan sesuai.

Kebaikan

1. Pengajaran diindividukan dimana pelajar dapat mengawal kecepatan pelajaran, belajar dari aras yang rendah ke peringkat yang tinggi, langkah demi langkah serta menerima peneguhan melalui maklumbalas  yang serta merta.

2.  Komputer menyimpan rekod proses pembelajaran pelajar dan boleh menganalisis  kepintaran dan membuatt diagnosis kelemahan setiap pelajar di samping menawarkan haluan pembelajaran alternatif.

3. komputer dapat memberikan  maklumbalas yang serta merta kepada pelajar sebelum tamat pembelajaran dan guru selepas tamat sesi pembelajaran.

4. komputer dapat membebaskan guru dari membuat kerja-kerja yang rutin  dalam sesuatu kelas.Oleh itu guru dapat menggunakan kreativiti mereka  bagi menaikkan motivasi pelajar.

5. komputer tidak penat dan sabar dalam mengulang semula pelajaran yang tidak difahami pelajar biarpun berulangkali jika dibandingkan dengan guru.

6. boleh dipelajari bila-bila masa berbanding dengan pengajaran guru mengikut jadual waktu tertentu.
 

Kelemahan

1. Bahan kursus terlalu mahal berbanding bahan cetak .

2. Memerlukan kepakaran untuk membina perisian pendidikan yang baik dari segi kandungan isi, memenuhi sukatan pelajaran dan kesesuaiannya.

3. Kurangnya tenaga guru yang terlatih  dalam bidang pembangunan perisian pendidikan.

4. Mengambil masa yang lama untuk membangunkan sesuatu bahan PBBK.

5.  Hilangnya sifat-sifat kemanusiaan kerana murid  banyak berintraksi dengan komputer dan asyik menekan kekunci  serta membaca skrin.