PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PPBK)
oleh
Sabri Yaman
Zainul Akramin Matt Saman

Pengenalan Arahan Definisi Sejarah Jenis Penyelesaian Masalah Utama

Definisi PPBK

Istilah asalnya dalam bahasa Inggeris ialah Computer Aided Instruction(CAI) atau Computer Based Instruction (CBI). Kedua-dua istilah sering digunakan di US. Di UK pula, Computer Assisted Learning (CAL) atau Computer Based  Learning (CBL) di mana kedua-duanya membawa maksud yang sama.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer bermaksud menggunakan komputer sebagai alat untuk menyampaikan maklumat sama ada dalam pengajaran, melatih, membimbing  dan menilai prestasi pelajar.Dengan menggunakan komputer untuk menjadikan pelajar lebih berminat serta menambah keberkesanan Pengajaran

Pelajar diberi peluang untuk belajar secara interaktif dengan komputer dan tidak membebankan .Ini adalah kerana pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dari satu langkah demi langkah dan boleh mengulangi semula jika tidak difahami tentang sesuatu topik jika tidak difahami.