PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PPBK)
oleh
Sabri Yaman
ZainulAkramin Matt Saman

 

Pengenalan Arahan Definisi Sejarah Jenis Penyelesaian Masalah Utama

Jenis PPBK

Latih tubi

Ianya  digunakan untuk menyampaikan masalah dan latihan yang untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran berbanding bahan bacaan lain.Komputer akan merakamkan semua jawapan tanpa mengira  jawapan tersebut  betul dan salah dan memberikan maklum balas kepada pelajar.Pelajar dapat mempelajari kursus mengikut tahap sendiri  pada bila-bila masa.Ia juga memaparkan kemajuan pelajar pada akhir sesi  pembelajaran. Biasanya latih tubi ini digunakan pada  bahan-bahan pelajaran yang telah dipelajari.
 

Tutorial

Ia adalah pengajaran secara individu  melalui komputer. Bahan-bahan pembelajaran diperkenalkan dan disampaikan secara berperingkat-peringkat iaitu mengikut urutan-urutan tertentu.Biasa nya pelajar akan mempelajari mengikut tahap yang  tertentu .Kemudian mereka akan diminta menjawab soalan -soalan yang disediakan mengikut tahap yang  dipilih tadi. Komputer akan menyemak jawapan .Seterusnya  pelajar akan diberi maklum balas. Jika mencapai tahap yang dikehendaki pelajar akan meneruskan dengan peringkat yang lain. Jika tidak, pelajar akan mengulangi dengan kaedah pemulihan atau ulangkaji.Pelajar yang dapat mengikuti pembelajaran dengan baik akan diberi pengayaan dengan latihan atau permainan yang lebih mencabar .
 

Simulasi

Ia adalah suatu situasi  yang seakan-akan atau hampir sama yang disediakan oleh komputer untuk memberikan gambaran yang sebenar terhadap sesuatu objek atau peristiwa.Melaluinya pelajar dapat berinteraksi dengan komputer dan melihat sendiri pengalaman sebenar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Ia amat sesuai sekali digunakan untuk pembelajaran yang lebih kompleks, mempunyai risiko tinggi  dan melibatkan kos yang besar  untuk menyediakan peralatan sebenar.

 

Permainan

Ia merupakan satu  aktiviti berbentuk pertandingan.Pertandingan yang dibuat biasanya mempunyai unsur keseronokan dan hiburan dalam menyampaikan sesuatu kemahiran. Pelajar dikehendakki  membuat keputusan mengikut arahan dan peraturan yang diberikan.Ia dapat  memperkembangkan keupayaan mental, logik, pengetahuan dan mampu membuat  penyelesaian masalah.Di samping itu, ianya juga dapat menambahkan motivasi kepada pelajar sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan.