PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PPBK)
oleh
Sabri Yaman

Zainul Akramin Matt Saman

Pengenalan Arahan Definisi Sejarah Jenis Penyelesaian Masalah Utama

Arahan Bantuan Komputer

ABK adalah beberapa arahan secara berperingkat-peringkat tentang sesuatu topik. Maklumat tentang topik berkenaan akan diberikan, kemudian soalan akan diberikan untuk dijawab oleh pelajar. Jika jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah betul, aturcara yang berikutnya akan diseduakan. Sebaliknya jika pelajar memberikan jawapan yang salah, maklumat kesalahan akan diberikan dan pelajar akan diuji sekali lagi.

Pembelajaran Diuruskan Komputer

PUK adalah suatu jenis aturcara komputer yang mengendalikan ujian ke atas individu tentang sesuatu topik, mengarahkan individu itu membuat sesuatu tugas berkenaan yang lain selepas memberikan jawapan yang betul atau sebaliknya untuk sesuatu soalan dan menyimpan segala rekod yang diperolehi.

Pengajaran Bantuan Komputer

PBK adalah suatu kaedah yang direka untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara kendiri. Pelajar akan akan mengunakan komputer dan bahan pengajaran  untuk mempelajari sesuatu topik