(PPBK)
oleh
Sabri YamanZainul
Akramin Matt Saman
Sejarah
Program ini telah dimulakan pada tahun 1960-an di Amerika Syarikat iaitu Projek PLATO (Program Logik Automatic Teaching Operation). Projek ini bertujuan untuk membangunkan perisian pembelajaran. Ianya ditaja dan dibiayai oleh CDC ,Yayasan Sains Kebangsaan dan dibuat di Universiti Illinos
Di negara kita Malaysia,pada tahun 1986,Kementerian Pendidikan telah mengadakan projek rintis literasi komputer di 20 buah sekolah di seluruh negara yang melibatkan pembelajaran subjek Pengenalan Kepada Komputer. Setelah setahun, projek tidak dilanjutkan kerana gagal mencapai matlamat dan keperluan masyarakat pada ketika itu.
Pada tahun 1990, satu projek yang
baru dilancarkan yang dinamakan "Pembelajaran dengan
Komputer".Projek ini menjadikan komputer sebagai alat
pembelajaran dan membantu guru-guru menjalankan tugas harian
khususnya dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
Pada 1994 sebagai projek perintis
melibat 15 buah sekolah rendah di negeri Selangor. Projek ini
dilaksanakan bertujuan untuk:
mempelbagaikan teknik pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan.
mendedahkan pelajar kepada penggunaan komputer.