Matlamat Pembelajaran

Matlamat pengajaran perisian PPBK ini ialah untuk memperkenalkan cara-cara membangunkan laman web  kepada individu  yang baru mencuba membangunkan laman web sendiri dengan perisian Ms FrontPage 2000  khususnya bagi pelajar tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran Teknologi Maklumat di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Objektif Pembelajaran

Objektif Kognitif

Di akhir pelajaran perisian ini diharapkan  pelajar dapat  :

  1. memahami langkah-langkah yang betul untuk menghasilkan sebuah laman web.
  2. menggunakan fitur-fitur yang terdapat dalam Ms FrontPage 2000 ketika membina laman web.
  3. melancarkan laman web pada tapak yang dipilih dengan jayanya.

Objektif Psikomotor

Pelajar dapat menyusun bahan-bahan mengikut urutan

Objektif Afektif

Pelajar boleh menerima komen dan cadangan yang diterima dari buku pelawat dalam laman web yang dibina.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran utama perisian ini ialah pelajar tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran Teknologi Maklumat di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Disamping itu, perisian ini juga boleh digunakan oleh:
1.     Pelajar tingkatan 4 dan ahli-ahli kelab komputer.
2.    Guru-guru mata pelajaran yang ingin membuat nota atas talian.
3.    Individu yang ingin mempelajari Microsoft Frontpage 2000 dan cuba membina laman web sendiri..
4.    Ibu bapa yang ingin membantu anak mereka mempelajari Microsoft Frontpage 2000.

KBKK

Komponen KBKK yang hendak diterapkan di dalam perisian ini ialah :

1)     mencirikan item-item yang terdapat dalam sesebuah laman web

2)     membuat urutan langkah-langkah menbangunkan laman web

3)     gambaran mental   tentang laman yang akan dibangunkan

4)     menilai laman yang telah dibangun dan dilancarkan

Nilai Murni

Diantara komponen nilai-nilai murni yang terdapat di dalam perisian ini ialah :

·          Menghargai

·           Bekerjasama

Kandungan Perisian

Tajuk perisian   :  Laman web dengan MSFrontPage 2000

Subtajuk

1)      Pendahuluan

2)      Pengenalan

2.1 Jaringan Web

2.2 Mengapa memilih MS FrontPage 2000

3)      Perancangan Membina Laman Web

4)      Membina Laman Web

4.1 Memformat teks dan memasukkan kandungan

4.2 Imej Grafik dan Pautan  Web

4.3 Jadual

4.4 Bingkai

4.5 Penggunaan bunyi

5)      Menerbitkan Laman Web

5.1 Memilih hos laman web

5.2 Memindah naik menggunakan FTP

5.3 Memindah turun mengggunakan FTP

5.4 Memeriksa ralat

Pendekatan PPBK

Perisian ini akan menggunakan kaedah tutorial .Ianya dipilih kerana dapat menerangkan bagaimana memahami langkah-langkah untuk memulakan dan membangunkan laman web sendir,i , latihan  mengunakan fitur-fitur  yang terdapat dalam perisian  FrontPage dan  menerangkan istilah-istilah yang digunakan dalam FrontPage.

Kaedah tutorial juga bertepatan  matlamat perisian ini  khususnya kepada individu yang baru mencuba membangunkan laman sendiri dan boleh  belajar mengikut kesesuaian masa dan tahap pencapaiannya.
       

Tajuk Perisian PPBK

Tajuknya ialah “Laman Web Dengan FrontPage 2000

Strategi Penggunaan Perisian

a)      Pelajar

o       Pelajar boleh belajar menggunakan kaedah kendiri tanpa memerlukan bantuan atau tunjuk ajar guru

o       Pelajar boleh belajar pada bila-bila masa dan dimana sahaja .

o       Pelajar boleh mengulangi semula topik-topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya beberapa kali .

o       Perisian ini digunakan sebagai bahan rujukan untuk memudahkan pelajar dalam pembelajaran

2)      Guru

o       Perisiaian ini dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran guru

o       Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara  sahaja

3)      Ibu bapa

o       Ibu bapa bertindak sebagai guru atau pembimbing ketika pelajar berada di rumah

Sumber Sokongan Perisian

Sumber sokongan perisian yang digunakan ialah:
1.    Buku teks tingkatan 5 yang disediakan oleh pihak sekolah untuk subjek Teknologi Maklumat.
2.   Buku bacaan tambahan Microsoft Frontpage 2000 yang boleh didapati di
      pasaran.
3.   Perisian FTP

Antaramuka Pengguna

Antara ciri-ciri skrin paparan perisian yang disediakan ialah :

·         Menggunakan rekabentuk skrin yang seragam

·        Persembahan dan struktur kandungan yang kemas, sistematik dan tersusun

·        Ciri-ciri pengemudian yang memudahkan pelawat menjelajahi ke seluruh halaman

·        Teks berwarna hitam dengan saiz yang bersesuaian.

·        Menggunakan unsur hiperteks supaya teks dapat berinteraksi seperti hotwords,hotsports dan butang.

·        Indikator atau menu diletakkan pada setiap yang difikirkan perlu yang standard bagi menjimatkan masa serta  keselesaan  untuk mencari maklumat.

Perkomputeran

1.         Pelantar     

      Persekitaran pelantar komputer yang akan digunakan ialah 'standalone'
      Pelajar boleh menggunakan perisian daripada 'hard disk' atau 'compact disk'.

2.         Perkakasan

    

   Perkakasan Asas
CPU
Processor Pentium 166Mhz atau ke atas
Cakera keras
2.1 GB atau ke atas
Memori
32MB atau ke atas
Pemacu CD ROM
32X atau ke atas
Monitor
SVGA menyokong peleraian skrin 800x600 dpi
Kad grafik
menyokong “high colour” dengan peleraian skrin 
  Kad bunyi
16 bit minimum dengan speaker dan mikrofon

    

Perkakasan Tambahan
Perisian
Windows 95 atau ke atas
Microsoft Frontpage 2000
Perisian Lain
Perisian grafik - Paintbrush,Adobe Photoshop
Perisian Audio - Sound Recorder Window atau perisian yang dibekal oleh pengeluar kad bunyi    
Perisian Muat Naik /Turun - CuteFTP