Matlamat Pembelajaran
Matlamat pengajaran perisian PPBK ini ialah untuk memperkenalkan cara-cara membangunkan laman web kepada individu yang baru mencuba membangunkan laman web sendiri dengan perisian Ms FrontPage 2000 khususnya bagi pelajar tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran Teknologi Maklumat di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.Objektif Pembelajaran
Objektif Kognitif
Di akhir pelajaran perisian ini diharapkan pelajar dapat :
- memahami langkah-langkah yang betul untuk menghasilkan sebuah laman web.
- menggunakan fitur-fitur yang terdapat dalam Ms FrontPage 2000 ketika membina laman web.
- melancarkan laman web pada tapak yang dipilih dengan jayanya.
Objektif Psikomotor
Pelajar dapat menyusun bahan-bahan mengikut urutan
Objektif Afektif
Pelajar boleh menerima komen dan cadangan yang diterima dari buku pelawat dalam laman web yang dibina.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran utama perisian ini ialah pelajar tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran Teknologi Maklumat di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Disamping itu, perisian ini juga boleh digunakan oleh:
1. Pelajar tingkatan 4 dan ahli-ahli kelab komputer.
2. Guru-guru mata pelajaran yang ingin membuat nota atas talian.
3. Individu yang ingin mempelajari Microsoft Frontpage 2000 dan cuba membina laman web sendiri..
4. Ibu bapa yang ingin membantu anak mereka mempelajari Microsoft Frontpage 2000.
KBKK
Komponen KBKK yang hendak diterapkan di dalam perisian ini ialah :1) mencirikan item-item yang terdapat dalam sesebuah laman web
2) membuat urutan langkah-langkah menbangunkan laman web
3) gambaran mental tentang laman yang akan dibangunkan
4) menilai laman yang telah dibangun dan dilancarkan
Nilai Murni
Diantara komponen nilai-nilai murni yang terdapat di dalam perisian ini ialah :
· Menghargai
· Bekerjasama
Kandungan Perisian
Tajuk perisian : Laman web dengan MSFrontPage 2000
Subtajuk
1) Pendahuluan
2) Pengenalan
2.1 Jaringan Web
2.2 Mengapa memilih MS FrontPage 2000
3) Perancangan Membina Laman Web
4) Membina Laman Web
4.1 Memformat teks dan memasukkan kandungan
4.2 Imej Grafik dan Pautan Web
4.3 Jadual
4.4 Bingkai
4.5 Penggunaan bunyi
5) Menerbitkan Laman Web
5.1 Memilih hos laman web
5.2 Memindah naik menggunakan FTP
5.3 Memindah turun mengggunakan FTP
5.4 Memeriksa ralat
Pendekatan PPBK
Perisian ini akan menggunakan kaedah tutorial .Ianya dipilih kerana dapat menerangkan bagaimana memahami langkah-langkah untuk memulakan dan membangunkan laman web sendir,i , latihan mengunakan fitur-fitur yang terdapat dalam perisian FrontPage dan menerangkan istilah-istilah yang digunakan dalam FrontPage.
Kaedah tutorial juga bertepatan matlamat perisian ini khususnya kepada individu yang baru mencuba membangunkan laman sendiri dan boleh belajar mengikut kesesuaian masa dan tahap pencapaiannya.
Tajuk Perisian PPBK
Tajuknya ialah “Laman Web Dengan FrontPage 2000”
Strategi Penggunaan Perisian
a) Pelajar
o Pelajar boleh belajar menggunakan kaedah kendiri tanpa memerlukan bantuan atau tunjuk ajar guru
o Pelajar boleh belajar pada bila-bila masa dan dimana sahaja .
o Pelajar boleh mengulangi semula topik-topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya beberapa kali .
o Perisian ini digunakan sebagai bahan rujukan untuk memudahkan pelajar dalam pembelajaran
2) Guru
o Perisiaian ini dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran guru
o Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara sahaja
3) Ibu bapa
o Ibu bapa bertindak sebagai guru atau pembimbing ketika pelajar berada di rumah
Sumber Sokongan Perisian
Sumber sokongan perisian yang digunakan ialah:
1. Buku teks tingkatan 5 yang disediakan oleh pihak sekolah untuk subjek Teknologi Maklumat.
2. Buku bacaan tambahan Microsoft Frontpage 2000 yang boleh didapati di
pasaran.
3. Perisian FTPAntaramuka Pengguna
Antara ciri-ciri skrin paparan perisian yang disediakan ialah :
· Menggunakan rekabentuk skrin yang seragam
· Persembahan dan struktur kandungan yang kemas, sistematik dan tersusun
· Ciri-ciri pengemudian yang memudahkan pelawat menjelajahi ke seluruh halaman
· Teks berwarna hitam dengan saiz yang bersesuaian.
· Menggunakan unsur hiperteks supaya teks dapat berinteraksi seperti hotwords,hotsports dan butang.
· Indikator atau menu diletakkan pada setiap yang difikirkan perlu yang standard bagi menjimatkan masa serta keselesaan untuk mencari maklumat.
Perkomputeran
1. Pelantar
Persekitaran pelantar komputer yang akan digunakan ialah 'standalone'
Pelajar boleh menggunakan perisian daripada 'hard disk' atau 'compact disk'.2. Perkakasan
Perkakasan Asas
CPUProcessor Pentium 166Mhz atau ke atas Cakera keras2.1 GB atau ke atas Memori32MB atau ke atas Pemacu CD ROM32X atau ke atas MonitorSVGA menyokong peleraian skrin 800x600 dpi Kad grafikmenyokong “high colour” dengan peleraian skrin Kad bunyi16 bit minimum dengan speaker dan mikrofon
Perkakasan Tambahan
PerisianWindows 95 atau ke atas Microsoft Frontpage 2000 Perisian LainPerisian grafik - Paintbrush,Adobe Photoshop Perisian Audio - Sound Recorder Window atau perisian yang dibekal oleh pengeluar kad bunyi Perisian Muat Naik /Turun - CuteFTP