Kekuatan|Kelemahan|Ancaman|Rujukan|Utama

PELUANG

Persoalan Kajian

Berdasarkan daripada  kelemahan sistem yang ada sekarang terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan di dalam mereka bentuk perisian PPBK iaitu :

a.    Bagaimanakah untuk memastikan pelajar benar-benar faham konsep internet, merekabentuk laman web dan membangunkan laman web?

b.    Bagaimanakah sesuatu tajuk atau topik yang akan dipelajari dapat disusun secara sistematik , mudah , ringkas , padat dan menarik ?

c.     Bagaimana untuk  memudahkan pelajar menggunakan perisian kursus ini iaitu dari segi  penggunaan ikon ,arahan-arahan  dan panduan- panduan semasa proses pembelajaran sesuatu topik?

 d.    Bagaimanan hendak membangunkan perisian yang ada latihan mengikut tahap kesukaran yang sesuai seperti yang terdapat dalam
Taksonomi Bloom berhubung dengan topik yang dipelajari?

e.    Bagaimanakah perisian kursus ini dapat dibina untuk menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk memudah pembelajaran?

f.      Bagaimanakah untuk membina antaramuka yang sesuai dan interaktif dengan  pengguna ?

Matlamat Kajian

Projek ini bertujuan untuk membangunkan satu perisian PPBK cara-cara membangunkan laman web dengan menggunakan perisian Microsoft Frontpage 2000 untuk kegunaan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat di peringkat Sijil Pelaran Malaysia.

Objektif Kajian

Bagi mencapai tujuan kajian di atas beberapa strategi-strategi penting akan diambil iaitu :

a.    Perisian kursus ini akan dapat menunjukkan konsep,skop maklumat, objektif tajuk, sasaran pengguna dan tujuan.

b.    Membangunkan perisian ini dengan topik yang disusun dengan kemas, padat dan    sistematik.

c.     Membangunkan perisian yang mudah untuk digunakan oleh pelajar.

d.    Membangunkan perisian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar .

e.    Membangunkan perisian ini akan bersifat ramah pengguna dan interaktif.

f.      Membangunkan perisian yang ada “template” audio dan grafik .