Make your own free website on Tripod.com

Kekuatan | Kelemahan| Peluang | Ancaman | Rujukan | Utama

LATARBELAKANG

Hari ini kita tidak perlu bergantung kepada media masa untuk mendapatkan berita mutakhir kerana kita boleh membaca atau mendapatkannya dalam laman-laman web. Hari ini, tiada lagi batasan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku dimana-mana tempat di serata dunia .Kita dapat mengetahuinya melalui laman web (www) yang boleh dicapai melalui internet.World Wide Web (www) merupakan bahagian internet yang paling popular pada masa ini. WWW telah dianggap sebagai satu gudang besar dokumen komputer yang sering dirujuk sebagai halaman web. Selain daripada teks , halaman web juga boleh mengandungi gambar grafik, klik video dan fail audio. Maklumat yang ada dalam laman web ini mencakupi pelbagai topik dari bidang ilmiah hingga bidang pertahanan, sastera, perubatan, politik teknologi dan sebagainya ( Chua Chooi See, 1998).
Idea asal WWW dikemukakan oleh seorang ahli fizik bernama Tim Berners-Lee pada tahun 1989 yang bertugas di CERN, Pusat Teknologi Nuklear Eropah.Pusat ini mempunyai ramai ahli penyelidik yang berada dimerata tempat di Eropah .Web berkembang disebabkan desakan untuk membolehkan para penyelidik bertukar laporan, dan semua dokumen lain bersangkutan dengan penyelidikan mereka dengan mudah (Abdullah Mohd Zin, 2000).
Perisian pertama bagi mencapai dokumen web adalah berasaskan teks yang diperkenalkan pada tahun 1989.Kemudian perisian mencapai grafik bernama Mosaic ditulis oleh Marc Andreesen pada tahun 1993. Pada tahun 1994 , Marc Andreesen telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Netcape Communication Corp, yang berhasarat menjadi pengeluar utama perisian Web. Kini banyak perisian web berada di pasaran seperti Netcape Composer , Microsoft Frontpage dan lain-lain lagi.
Dengan adanya perisian web yang mudah diguna telah mendorong pelbagai pihak membina laman web untuk memaparkan pelbagai topik dalam pelbagai bentuk persembahan . Ada yang mempersembahkan dengan bentuk yang menarik, padat dan menggunakan pelbagai teknik.
Seiring dengan kepesatan kemajuan dunia teknologi maklumat dan internet , Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Teknologi Maklumat untuk pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000. Di dalam huraian sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memasukkan aspek rangkaian dan telekomunikasi sebagai salah satu elemen dalam sukatan pelajaran Teknologi Maklumat di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Antara lain ianya mendedahkan kepada pelajar tentang :
- konsep asas rangkaian komputer dan telekomunikasi,
- internet dan World Wide Web serta
- kepentingan, sumbangan dan kesan penggunaan internet. Dalam hal ini pelajar-pelajar akan didedahkan cara-cara melayari laman web, memindahturun maklumat, menggunakan fitur-fitur yang ada , mengunakan e-mail baik dari segi menghantar, menerima, dan menghantar fail "attachment".Di akhir topik ini dalam sukatan pelajaran SPM Teknologi Maklumat, pelajar diminta membangunkan satu laman web dengan menggunakan kemahiran yang diajar di sekolah khususnya berkaitan dengan pendidikan. Sehubungan itu kami memilih tajuk ini untuk membina satu perisian PPBK bagi memudahkan pelajar membangunkan satu laman web sendiri dan membantu guru dalam proses pengajaran di bilik darjah.