| Peluang | Kelemahan| Ancaman | Rujukan | Utama

KEKUATAN SISTEM SEKARANG

Di sekolah berbagai pendekatan telah digunakan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pengajaran membina laman web yang mempunyai kekuatan daripada sistem yang dikenalpasti seperti berikut :

· Guru mengajar di sekolah menggunakan kaedah demontrasi dengan bantuan projektor LDC di hadapan kelas dalam makmal komputer. Pelajar pula dibekalkan dengan sebuah komputer dengan nisbah 1:1 komputer dan orang. Melalui kaedah ini, pelajar melihat apa yang di ajar oleh guru dan kemudiannya mempraktikkan kemahiran tersebut pada komputer dihadapannya . Sekiranya pelajar menghadapi masalah , bantuan guru boleh didapati atau meminta guru mengulangi langkah dan cara atau guru sekadar yang boleh memberi bantuan secara individu.

· Biasanya guru mengajar dengan memperkenalkan topik tertentu dan kemahiran yang perlu dipelajari. Ini diikuti denmgan tunjukcara untuk menggunakan perintah tertentu atau fitur-fitur tertentu. Kemudian pelajar akan melakukan secara amali kemahiran yang diperkenalkan oleh guru. Ini akan mengukuhkan ingatan pelajar.

· Contoh-contoh kerja pelajar yang lepas samada yang telah dilancarkan atau diletakkan dalam rangkaian LAN sekolah dapat membantu pelajar untuk menilai secara sendiri tahap kerja yang perlu dihasilkan bagi sesuatu tugasan yang diberi.

· Pelajar-pelajar diberikan nota dan modul untuk mempelajari sesuatu topik .Ini membolehkannya dijadikan sebagai panduan semasa menjalankan tugasan secara amali.


· Pelajar-pelajar diberikan latihan mengikut peringkat demi peringkat dari mudah kepada susah . Langkah demi langkah ini membantu pelajar memahami konsep dan dapat mempraktikkannya. Biasanya pelajaran diberikan tugasan atau projek pada akhir sesi pembelajaran bagi melatih mereka menggunakan kemahiran yang telah dipelajari dan juga untuk menyediakan tugasan bagi syarat menghadapi peperiksaan UMUM.