PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PPBK)
oleh
Sabri Yaman
Zainul Akramin Matt Saman

 

Kekuatan Kelemahan Peluang Ancaman Rujukan Utama

 

LATARBELAKANG

World Wide Web (www) merupakan bahagian internet  yang paling popular  pada masa ini. WWW telah dianggap sebagai satu gudang besar  dokumen komputer yang sering  dirujuk sebagai  halaman web. Selain daripada teks , halaman web juga boleh  mengandungi gambar grafik, klik video dan fail audio. Maklumat yang ada  dalam laman web ini mencakupi  pelbagai topik  dari  bidang ilmiah hingga bidang pertahanan, sastera, perubatan, politik teknologi dan  sebagaianya.

Hari ini kita tidak perlu bergantung kepada media masa untuk mendapatkan berita mutakhir kerana kita  boleh membaca atau mendapatkannya dalam laman-laman web. Hari ini, tiada lagi batasan untuk mendapatkan maklumat  tentang sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku. Pelbagai pihak telah membina  laman web untuk memaparkan pelbagai topik dalam pelbagai bentuk persembahan . Ada yang mempersembahkan dengan bentuk yang menarik, padat dan menggunakan pelbagai  teknik. Banyak perisian  untuk  membangunkan  laman web telah dibangunkan dan dijual di pasaran.Contohnya Microsoft  Frontpage dan Netscape Composer.

         Seiring dengan kepesatan kemajuan dunia teknologi maklumat dan internet , Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Teknologi Maklumat untuk pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000. Di dalam huraian sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memasukkan aspek  rangkaian dan telekomunikasi sebagai salah satu elemen dalam sukatan pelajaran Teknologi Maklumat di peringkat  Sijil Pelajaran Malaysia. Antara lain ianya mendedahkan kepada pelajar tentang konsep  asas rangkaian komputer  dan telekomunikasi, internet dan World Wide Web serta kepentingan, sumbangan dan kesan penggunaan internet. Dalam hal ini pelajar-pelajar didedahkan cara-cara melayari laman web, memindahturun maklumat, menggunakan fitur-fitur yang ada , mengunakan e-mail baik dari segi menghantar, menerima, dan menghantar fail “attachment”.Di akhir topik ini , pelajar diminta membangunkan satu laman web dengan menggunakan kemahiran yang diajar di sekolah khususnya berkaitan dengan pendidikan.